Bass

Bass
Antara Buku, Batu dan Bass

Saturday, November 6, 2010

Muzik Bermanfaat.

Aku melihat sesuatu yank best dan macam berguna jika tak disalah guna.
Setelah melihat beberapa contoh.


Aku merasakan bahawa lagu ketuhanan sekarang adalah lagu yang semakin mudah diterima masyarakat. 


Ketuhanan tapi bukan genre nasyid. 
Mungkin nasyid dirasakan terlalu lembut pada masyarakat sekarang.
Bergantung kepada individu. 
Yang minat nasyid teruskan. Anda bagus.


Lagu-lagu ketuhanan selain daripada genre nasyid.
Contoh dari seberang Wali Band.
Ya Allah. Tomat. Kekasih Halal. (dll selain lagu Yank)
Ungu.
Dengan Nafasmu. Sesungguhnya.
Lagu-lagu mereka sedap didengar. Serius.
Jarang ada kugiran yang main lagu ketuhanan.
Mereka boleh dikatakan contoh yang bagus.


Di negara kita kurang benda-benda sebegini. 
Bukan tiada. KURANG.
Biasanya dinyanyikan oleh penyanyi solo. 
Contohnya
(sumpah best lagu-lagu ni)


Lagu-lagu ni disusun dengan baik. Lirik yang bermakna. Ada pengisian. 
Jika dihayati (dengan betul), mampu mendekatkan diri denganNya. 
Tambahan pula lagu ini mudah diterima telinga. 
Tidak terlalu barat seperti lagu metal. 
Tidak terlalu lembut seperti nasyid.


Kalau nak lagu ketuhanan yang berat. 


Contoh yang menjadi fenomena kini adalah 
Maher Zain
Penyanyi yang meningkat naik namanya dengan mendadak.
Lagu-lagu yang dibawa beliau sedap didengar. 
 Indah liriknya. Penuh makna.
Muziknya yang sederhana
Saya tak merasakan bahawa muzik yang beliau nyanyikan adalah bergenre nasyid.
.MANTAP!!!


Mungkin lagu-lagu ketuhananlah yang perlu dicipta oleh pemuzik-pemuzik Malaysia.
Dan bukanlah jiwang karat jahanam semata-mata. 
Bukan perempuan semata-mata.
Cuba dengar lagu For The Rest of My Life - Maher Zain
.Balance.


Tingkatkan lagi pengkaryaan lagu ketuhanan di negara kita.
Ianya juga adalah mungkin salah satu cara kita berdakwah.

Saya yakin jika lagu ketuhanan ini menjadi trend, maka
Masyarakat akan menjadi lebih berkualiti.
Mengubah minda masyarakat supaya lebih mementingkan agama,
Sedikit demi sedikit mampu membentuk semula manusia yang sudah terpesong jauh dari agama.

Selamatkan mereka. 

Disamping tidak melupakan alunan Al-Quran yang utama.
Dan menghayati muzik dengan cara yang sedehana.


Kebanyakan lagu-lagu ketuhanan ini jika dilihat mudah diterima masyarakat.
Mungkin Allah memberi pertolongan jika kita mengajak manusia mengingatinya?
.InsyaAllah.

.Moga bermanfaat.

*Macam nak compose album yang penuh dengan lagu ketuhanan. Indie mari. YEAH!!! *
.Insyallah.