Bass

Bass
Antara Buku, Batu dan Bass

Tuesday, August 24, 2010

Aset.

23 August 2010. Aku pegi kat bazaar Ramadhan kat Bangi dengan seorang kosmate aku. Ktorang pn jalan2 pusing2 bli ayam percik la, nasik la, air la nak bukak puasa en. Dengar mak orang marah anak dye kuat2 la. dalam fon la. nampak time 2 dalam pukul 5 lbey pas lab petrology. jalan punya jalan aku dengar budak macam nangis atau ketawa. konfius. aku toleh tengok nampak la sorang pempuan ngn anak lelakinya. mengemis.

mula kat situ aku cam terdiam dan terpikir. macam2 aku pikir. ni mengemis sebab sindiket ke laki dye trok sgt ke, suka2 ke. macam2 bnde bermain kat kepala aku. asal dye tak kerja?  sapu sampah ke, jadi maid ke, janji kerja. xkesah r pape kerja yg halal en. tapi bnde yg kuat bermain kat dalam pikiran aku ni adalah BUDAK tu!!!


aku terpikir kalo aku ada kat tempat budak 2 masa umur macam 2. kecik lagi. comel lagi. walaupun comot, kalo make up budak 2 mst comel pnye la. aku bleh bayang. sedih aku time 2. walaupun xtitiskan air mata. kecik2 ikut mak pergi mengemis. macam mana la development budak 2. physically. mentally. sedih aku. kalo aku banyak duit aku bela la budak 2. siyes. Aku tengok aset terbesar yang ada kat mak budak 2 adalah budak 2 sendiri. boleh bentuk lagi budak 2. manusia ni sebaik2 ciptaan. kalo develop budak 2 elok mane tau bleh jadi manusia yg mengubah dunia ke arah lebih baik ke.

mybe aku tak tau ape jenis kesusahan yg mak dye hadapi. samapi mengemis. tp sebab aku tgk mak dye cam sihat je. xdak cacat2 pn. balik pada budak tadi. aku xtau la pahal sebab sejak 2 bulan lepas rsenya aku nampak budak budak sekolah rendah yg comel2, budak tadika, nampak diorang pkai baju skolah, aku rse heppi smpai rse nak nanges. kecik2 pergi sekolah. aku terpikir. da besar kang budak ni jadi pe la. moga2 dye jd org berguna kepada agama. sebab budak kecik ni pemikirannya boleh dibentuk. develop. baik parents 2 develop anak dye. baik la budak 2. kalo aja terok, terok la budak 2.

aku pnah terbaca hadis ni yg dicat kat tadika adik aku dulu, aku xigt sangat. leby kurang gini la maksud dye, dosa ibubapa paling besar menimpa adalah jika dye xmendidik anak dye dengan baik. lbey kurang la. kalo salah tolong komen suh aku btol kan. kalo hadis 2 xsahih ke xbtol ke gtau gak.

balik kembali. kiranya kalo dosa 2 paling besar maknaye bnde 2 sangat pnting. sebab budak2 kecik ni ASET!!! bukan je kat family, masyarakat..malah AGAMA. aku tau bukan senang nak bentuk budak2 kecik. tanggungjawab ibubapa. besar gile siot. takot aku. cane la aku jadi bapak kang. dapat2 anak pempuan. lagi la. cuaks. Nak bentuk seseorang manusia... supaya menjadi mantap dari segala aspek..DUNIA. AKHIRAT. 


Moga2 budak yg aku nampak kat bazaar ngn mak dye 2 menjadi seorang yg berguna dan mantap dalam segala aspek. aku xtau la cne tapi Allah Maha Kaya. Moga Allah menyelamatkan budak 2 dan jadikan budak 2 orang yang berguna. dan juga semua budak2 kecik. kanak2. remaja Islam. supaya menjadi Muslim yang mantap dan bangkit kembali. pada masa hadapan. supaya mereka memahami erti hidup dengan baik melaksanakannya tanggungjawab mereka lebih baik drpd orang2 dewasa sekarang...

Tuesday, August 17, 2010

Bass dan Permulaan Aku Sebagai Blogger.. Hai.. Saya baru buat Belog.

Bass adalah satu instrumen yang digunakan dalam muzik untuk mem'backup' bunyi dari belakang. Bass terdapat dalam banyak bentuk sama ada gitar, drum, piano, dan banyak lagi alat tiupan. Bunyi bass kebiasaannya 'tebal', 'gemuk' dan 'lemak'. Instrumen ini amat penting dalam muzik kerana tanpa bass sesebuah lagu itu ibarat tidak hidup(xdak soul) walaupun kadang-kadang bunyi bass kurang kedengaran bergantung kepada lagu. Dalam kugiran secara am nya, bass terdapat pada drum dan gitar. Bass drum dalam kugiran terdapat pada kaki pemain drum.
Bass drum





Manakala bass guitar dibezakan dengan guitar utama dan rhythm denga talinya yang tebal berbanding gitar biasa. Kejam jika menggunakan tali bass untuk bergurau dengan rakan-rakan. Bass gitar terdapat dalam 3 jenis secara am nya. 4 tali. 5 tali. dan 6 tali. 

4 tali - EADG*
5 tali - BEADG*
6 tali - BEADGC*
*standard tuning daripada tali paling tebal.

4 tali
5 tali
6 tali
Sebagai orang yang masih baru dalam bass, saya memilih untuk bermain bass 4 tali kerana masalah kewangan. Dan 5 dan 6 tali sukar dimainkan. 'Beginner' en. Kalau anda baru nak main bass saya syorkan anda beli 4 tali punya. Kebanyakan beginner-beginner lain yang saya lihat menerusi pengalaman, Jika mereka mendapat bass 5 tali, mereka tidak langsung mengusik tali bawah sekali kerana diorang ingat tuning bass tu macam gitar, SILAP! 

Saya mula menyentuh bass pada umur 15 tahun. Jamming dekat Ampang Point. Seberang Highway. Macam celaka aku main menatang ni masa tu. Keluar studio pening. Tak biasa dengan suasana yang bising-bising ni. Esok pergi sekolah citer kat membe-membe. "WAHAHAHA. Aku gi jamm semalam." kata ku. "Kau main ape Bad?" tanya membe ku. "BASS" jawabku. "Oh. Bass. Senang" jawab dia. Aku sedikit down pada ketika itu. Sebab Apa??? Haaa ini yang kita tak tau... 

Aku merasakan main bass itu sangat sukar secara tekniknya kerana bass ini lebih panjang dan setiap fret adalah besar berbanding gitar biasa. Fingering sangat sukar. Sampai satu fret dua jari, punyalah terok. Susah la Siot main bass. Tapi aku dah dapat jawapannya. Daripada masa aku kena sound dengan member aku tu, sampai sekarang aku dalam proses pemantapan dalm instrumen Bass ni...

Dalam usaha pemantapan tu, aku beli sebijk Bass ni.... hee~
 


Model Bass Yang Aku Pakai Sekarang. Dengan bajet yang ada. BASS ni Terbaek!! Active Pickup. 4 knob so bleh setting bunyi terbaek untuk banyak jenis lagu.